resepi

sebahagian resepi sudah dicuba. sebahagian lagi menunggu masa yang sesuai.

Thursday, April 26, 2007

pari percik santan, kerabu jantung, siput timba lemak kuning

PARI PERCIK SANTAN

Bahan - bahannya :-
1 kg ikan pari
6 ulas bawang merah )
3 ulas bawang putih )dikisar
1/2 inci halia )
1 sudu teh lada hitam)
2 batang serai
1/2 paket santan
Cara membuatnya :-
-Panggang ikan pari dalam ketuhar
-Tumiskan bahan kisar dalam minyak panas,kemudian letakkan santan dan juga serai.Kacau sehingga rata.
-Tuangkan bahan yang siap tadi di atas ikan pari.
-Sedia untuk dihidangkan.


KERABU JANTUNG PISANG

Bahan - bahannya :-
2 biji jantung pisang
1/2 paket santan
1 sudu teh belacan )
1/2 sudu teh lada hitam )
5 biji bawang merah ) dikisar
3 biji limau nipis )
Garam
Gula
Bahan perasa
Cara membuatnya:-
- Jantung pisang di celur terlebih dahulu.Kemudian di belah dua.
- Kisar belacan,lada hitam juga bawang merah serta perahkan sedikit limau nipis dan masukkan juga santan.
- Didihkan bahan tadi bersama jantung pisang.
- Masukkan garam ,gula dan bahan perasa secukup rasa.
- Sedia untuk dihidangkan.


SIPUT TIMBA MASAK LEMAK KUNING

Bahan - bahannya :-
1 kg siput timba
20 biji cili api
2 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
1 1/2 biji kelapa ( santan )
Daun kunyit
2 batang serai
Garam
Gula
Bahan perasa
Cara membuatnya :-
- Kisar bawang besar , kunyit hidup dan cili api .
- Tumis bahan kisar hingga naik bau .
- Kemudian masukkan siput timba , kacau hingga rata .
- Masukkan santan , daun kunyit dan serai yang telah dititik .
- Masukkan gula , garam dan bahan perasa .
- Tunggu hingga didih .
- Sedia untuk dihihdangkan .

Thursday, February 01, 2007

ayam penyet


bahan A (goreng dan kisar)

- untuk merebus ayam 50 ketul

250gm buah keras
50gm ketumbar
500gm bawang merah dan putih
600gm kunyit
garam
20 cawab air

bahan B (untuk mengoreng ayam)
900gm bawang puth
25gm kunyit
5 biji telur

cara membuat sambal penyet

semua bahan sambal penyet, kecuali minyak panas ditumbuk sebelum dicampur dengan minyak panas dan sedia untuk dihidangkan.

cara membuat ayam penyet

semua bahan A digoreng dan digiling dengan penggiling. ayam dan bahan A (yg siap digiling) dikukus. bahan B kecuali telur digoreng dan dikisar bersama telur sebelum dimasukkan garam secukup rasa. apabila ayam siap dikukus, angkat seketika dan campurkan bahan B (yg siap dicampur) kepada ayam yang dikukus. selepas itu, goreng dan tunggu sehingga masak. ayam kemudian dipenyetkan dan siap untuk dihidangkan.


Sunday, November 12, 2006

sup ikan haruan

sup ikan haruan

ikan haruan
sup bunjut ikan adabi
tomato salari

rebus air bersama sup bunjut ikan adabi serta sayuran lain.
selepas rempah ratus di dlm sup mengeluarkan aroma serta air hampir mendidih, masukkan air haruan dan tunggu beberapa minit. apabila ikan masak, dihidangkan bersama nasi putih, ulam2an dan sambal belacan.

** sayur kangkung goreng belacan, telur dadar.
air epal hijau campur asam boi dan limau kasturi.

Friday, November 10, 2006

Ikan Bilis Kicap Chinese Style

Resepi hari ini ialah Ikan Bilis Kicap Chinese Style

Bahan-bahan

100 gm ikan bilis - Digoreng dulu 1 labu bawang besar - dihiris halus 5 tangkai cili padi (optional kalau suka pedas)-dihiris halus 2 tangkai lada merah hiduo - dihiris halus 2 sudu besar kicap masin/kicap manis sedikit minyak untuk memasak
Cara Menyediakannya:
Panaskan sedikit minyak. Tumiskan hirisan bawang & cili hingga hampir layu dan tuangkan kicap. Gaul sikit lebih kurang dan masukkan ikan bilis gaul sekejap dan matikan api. Jangan biarkan api besar atau masak terlalu lama setelah dah campur kicap takut kering..

TULANG LEMBU GULAI KAMPUNG

c


Bahan-bahan



600gm tulang lembu

1s/mkn cili boh

1bgks REMPAH KARI FAIZA

2kuntum bunga cengkih

2biji buah pelaga

1sm kulit kayu manis

1genggam bawang merah

2sm halia

2mgk santan kelapa

2kpg asam gelugur

garam secukup rasa







Cara membuatnya:



1. Tulang lembu dipotong kecil dan diberrsihkan. Masukkan kedalam periuk dan direbus dengan 2 gelas air dan garam. 2. Apabila tulang lembu telah empuk masukkan pula santan. Kacau- kacaukan hingga mendidih. 3. Setelah itu masukkan pula semua bahan-bahan yang lain. Kacau-kacaukan sehingga ia pecah minyak. Kemudian angkat.

DAGING KAMBING MASAK ARAB

DAGING KAMBING MASAK ARAB

Bahan-bahan
600 gm daging kambing
2 senduk minyak sapi
20 biji buah badam
50 sen kismis
300 gm bawang merah }
5 sm halia } digiling
2 ulas bawang putih - dimayam
2 kuntum bunga cengkih }
2 biji buah pelaga }
5 sm kulit kayu manis } digiling lumat
2 s/teh lada puteh }
1 bgks REMPAH BUKHARI FAIZA }
1 tin susu cair
2 s/bsr gula
2 s/bsr tomato sos
2 labu bawang besar - dibelah 4
garam secukup rasa

Cara membuatnya

1. Daging kambing dipotong 10, dibasuh dan toskan airnya. Setelah itu dilumurkan dengan garam dan halia, kemudian perapkan selama 10 minit dan digoreng.

2. Buah badam direndam dalam air hingga kembang. Buang kulitnya. Selepas itu setiap biji dibelah 4.

3. Panaskan minyak sapi dalam kuali dan gorengkan buah badam sehingga garing. Angkat dan asingkan. Selepas itu digorengkan pula daging yang telah diperap satu persatu hingga masak dan asingkan.

4. Tumis pula bawang putih yang telah dimayang didalam kuali yang sama hingga garing. Kemudian masukkan rempah-rempah yang telah digiling dan digorengkan lagi hingga semuanya garing. Setelah itu masukkan bawang merah, susu cair, gula, tomato sos, bawang besar dan garam.

5. Kecilkan api dan kacau-kacaukan. Bila mendidih dan likat, masukkan daging yang telah digoreng. Biarkan hingga keluar minyak. Kemudian bolehlah diangkat.

6. Hidangkan dalam satu pinggan. Untuk hiasan taburkan dengan kismis dan buah badam.

Friday, October 20, 2006

kerabu pucuk paku dengan kerang

pucuk paku
kerisik
3 btg serai (dihiris)
1 biji bwg besar dan bwg putih (dihiris halus)
cili merah (dihiris halus)
cili padi
1 mangkuk kerang (direbus)
tomato

bahan B

lada hitam
limau
garam belacan

kerabu pucuk paku dengan kerang

pucuk paku
kerisik
3 btg serai (dihiris)
1 biji bwg besar dan bwg putih (dihiris halus)
cili merah (dihiris halus)
cili padi
1 mangkuk kerang (direbus)
tomato

bahan B

lada hitam
limau
garam belacan

Friday, October 06, 2006

ikan masak kicap

1 ekor ikan tenggiri (sederhana/besar)5 ulas bawang kecil - dimayang2 ulas bawang putih -dimayangsikit halia - dimayang3-4 biji lada besar - belah 21 kulit kayu manis1-2 serai1 tomatokicap pekat manis (agak-agaklah - masukan 1/4 gelas dulu)garam 1 sudu kecilair masak(sebagai kuah)daun sup & daun bawang (utk hiasan kalau suka)bawang besar(dipotong bulat)caranyaSetelah dilumur dengan garam & kunyit kemudian ikan digoreng.panas kuali, bubuh minyak masak. masukkan kulit kayu manis, bawang merah, bawang putih, halia,serai, garam. bila bawang dah kekuningan masukan pulaair 1 1/2 cawan, kicap,tomato , lada merah, ikan tadi, bawang besar.kalau rasa nak banyak kuah tambah ler air. kemudian rasa ler nak tambah kicapke tak.last sekali hidang & hiaskan dengan daun sup & daun bawang.catatan:kadang-kadang sayang tambahkan sayur campur/kentang/ carrot ke.bahang penumis pun kadang-kadang tu saya tambahkan bunga lawang, cengkih, buahpelaga (sikit)

puding jagung atau kastad jagung

Senang aja pi super dapatkan teping Hwe Kwe warna kuning harga dia cuma
1.90 aja ikut arahan dia mesti sedap. Bila arahan bubuh santan gantikan
dengan susu cair gula kurangkan cuma bubuh 1 cawan sahaja.

Resepi

1 tin jagong (cream)
3 cawan susu cair ( 1 tin tak cukup 3 cawan + dengan santan jadikan 3 cawan)
1 cawan gula pasir @ tak nak manis kurangkan gula sebab susu dah manis
1 cawan tepong kastard
sedikit garam

Caranya:-

Tepong kastad + gula + jagong + garam
Masukkan sedikit-sedikit susu cair
Masak atas api
Kacau sampai pekat
Sejukkan.
selamat mencuba

kek aprikot

KEK APRIKOTBahan-Bahan240 gm tepung naik sendiri - diayak2 sudu makan tepung jagung6 sudu teh serbuk badam160 gm gula kastor175 gm mentega (SCS Butter)3 biji telur1 sudu teh esen vanilla80 gm hirisan aprikot125 ml susu sejatCara Cara1. Pukul mentega dengan gula kastor hingga kembang.2. Masukkan esen vanilla, gaul hingga rata.3. Masukkan telur sedikit demi sedikit.4. Campurkan tepung naik sendiri dengan tepung jagung, gaul.5. Masukkan aprikot dan gaul lagi. Tuang ke dalam adunan berselang-selidengan susu sejat, masukkan serbuk badam, ratakan.6. Masukkan susu sejat, kacau hingga sebati.7. Tuang adunan ke dalam tin pembakar yang telah digris dan dialasdengan kertas kalis minyak.8. Bakar dalam suhu 160°- 170° selsius selama 30 minit.

kek coklat kukus (secret resepi)

Kek COklat Kukus (secret recipe)

Bahan2..
600 gm gula ( di blend)
450 gm mentega / butter
9 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
400 gm tepung gandum
2 sudu soda bikarbonat
1 1/2 sudu baking powder

125 ml serbuk koko = 1 tin kecil
325 ml air panas

bahan utk salut kek
1 keping coklat masakan
62 ml whipping cream
125 ml golden syrup = 1 botol kecil
2 sudu mentega

Cara2:-

1. pukul mentega dan gula sampai kembang.
2. Masukan sebiji demi sebijik telur dah pukul lagi. ( kalau ada mixer
lajulah sikit)
3. masukkan esen vanilla
4. Ayak kan tepung + soda bikarbonat+baking powder
5. campurkan bahan2 (no 4) sedikit demi sedikit didalam adunan
6. Masakkan 325ml air..bila dah panas..masukkan serbuk koko.kacau2
sampai
cair...dan campurkan dgn bahan2 di atas....kacau2
sehingga semuanya sebati...

Satu adunan nie untuk 2 bijik kek..nanti kek nie di tangkup
2....Bahagikan
adunan kepada 2 bahagian dan kukus menggunakan acuan yg sama besar.Nak
make sure kek dah masak..cucuk dgn lidi..
kalau tak melekat dah masak lah tu.

utk salut kek:-
1. Buat set double boiled
2. masukkan coklat + mentega
3. bila dah cair masukkan whipping cream + golden syrup
Sapukan sedikit coklat di satu permukaan kek dan tangkupkan satu lagi
kek
di atasnya...kemudia sapu di kesulurah kek..ikut sukalah ketebalan
dia....
Kalau nak cantik boleh la taburkan coklat rice .

kentang putar & sos

kentang putarBahannya:3 biji kentang3 cawan fresh milksedikit garamcara-cara membuat1. Kentang dibasuh bersih jangan dibuang kulit.2. Kemudian direbus kentang sehingga empok.3. Setelah empok kupaskan kulit dan lenyekkan semasa melenyek tu bubuhgaram dan susu.

sos200 gm tulang lembu250 ml airsebiji bawang besar1 batang carrot dan 1 batang celery2 sudu makan tpg. jagungsedikit lada hitam1. Tulang lembu dipanggang dalam oven.2. Setelah perang diangkat dan direbus, masukkan carrot, bawang besardan celery.3. Bancuh tpg. jagung dengan sedikit air kemudian masukkan bancuhan tpg.Jagung dan lada hitam kedalam stok, sentiasa kacau. Rendidihkan selama10-15 minit.4. Setelah agak pekat angkat dan tapiskan.

kek span sarang semut

Kek Sponge Sarang SemutBahan-bahannya :7 biji Telur2 cawan Tepung Gandum2 cawan Gula Pasir2 cawan Air1 tin (390g) Susu Manis3 sudu makan Butter1 sudu makan Bicarbonate of Soda1 sudu teh Esen RosCara-caranya :Hanguskan gula.Kemudian masukkan air.Selepas itu masukkan butter.Biar hingga mendidih. Sejukkan.Pukul telur hingga kembang.Masukkan susu dan pukul lagi hingga rata.Masukkan tepung dan bicarbonate of soda.Kemudian masukkan gula hangus.Pukul hingga rata.Akhir sekali masukkan esen ros.Tutup loyang adunan rapat2 dengan aluminium foil untuk mengelakkan air/wap kukusan masuk ke dalam adunan.Kukus selama 1 1/2 jam.

kek coklat kukus

Kek Coklat Kukus Bahan-Bahan: ¾ cawan serbuk koko 1cawan gula pasir 1 cawan susu cair 1cawan minyak masak ½ cawan susu manis 1 ¼ cawan tepung gandum 1tsp baking powder 1 tsp soda bicarbonate 3 biji telur Cara : Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.Tepung, soda dan baking powder di ayak satu. Telur dipukul kembang dan dicampur dng campuran koko tadi.Gaul rata dan capur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus salama 1 jam baru angkat dan sejuk kan .

char kuey tiau

mlm tadi saya baru je buat char keow tiau untuk berbuka puasa ..1 bungkus char keow tiau3 ulas bawang putih - Blender4 ulas bawang merah - Blender6 tangkai cili kering - Blenderbeberapa pokok daun kucai - beli dlm 40 sen jetaugeh - beli 40sen je..udang basah beberapa ekorpichboy- agak-agak le..kerang sedikit..2 biji telurair udang dalam 1 cawan (air biasapun boleh)garam dan gulasos cili, sos tomato , sos tiram dan penting sekali kicaptumis bahan2 yang diblender sehingga terbit minyak pastu masukan sos cili, tomato sos tiram dan kicap. agak2 colour tumisan gelap sikit ( sebab taruh kicap ) masukan udang dan pic boy tadi. masukan keow tiau, daun kucai , taugeh , kerang . kalau nak keow tu basah tambah air masak dalam 2 senduk .pastu masukan 2 biji telur.. tunggu dlm 3 minit pastu angkat...selamat mencuba..... nanti bagi komen ye

Cook for 1 pkt kuay teow:-Bahan Tumis:-Cili Kering-blenderBawang Merah & Putih-hiris nipisOther Ingredients: -1/2 kg Kerang5 keping isi ayam (fillet)1 biji TelurTaugehDaun KuchaiPerasa:-Kicap manis & kicap masinStok daging/ayam (larutkan kat dalam 1/2 mangkuk air)Cara memasaknya:-1) Panaskan minyak di kuali sehingga cukup panas..banyakkan sikit minyak tuye2) Tumis hirisan bawang sehingga kuning...kemudian masukkan ciliblender....tumis sehingga garing3) Pecahkan telur dan goreng sekali dgn bahan tumis4) Masukkan kerang, ayam dan tumis sekejap5) Dah nampak kerang & ayam tu masak...masukkan 2 kicap tadi...lebih kankicap manis...gaul sebati6) Kemudian masukkan air stok....biarkan sampai pekat...7) Masukkan kuey teow...goreng sehingga garing8) Akhir sekali, campurkan taugeh dan daun kuchai...goreng sehingga sayur tumasak.*selalunye saya buat kuey teow basah sikit....kalau takut tak cukup rasa,boleh masukkan garam & gula...ikut selera anda semua.

ikan kukus dengan sos jagung

Ikan Kukus Bersama Sos JagungBahan-Bahannya:800 gm isi ikan2 keping cendawan hitam1 biji cili merah30 gm halia muda150 gm jagung dalam tin40 gm ginger nut (sejenis herba cina)60 gm daun bawang.60 gm daun ketumbar1 sudu teh garam1 sudu teh garamsedikit tepung Hon KongCara membuatnya:1. Hiriskan isi ikan kira-kira 35 gm sekeping 2. Kukussekurang-kurangnya 8 minit (air mesti betul-betulpanas)3. Panaskan 1 sudu teh minyak.4. Masukkan stok ayam, halia, cendawan, cili, ginger nut, garamdan gula.5. Masak selama 10 minit dan masukkan tepung Hong Kong 6. Kemudiantuangkan sos ke atas ikan dan tabur daun bawang dan daun ketumbar.

bergedil daging keluarga diana

BERGEDIL DAGING KELUARGA DIANABahan-bahannya1 kilo kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat300 gram daging cincang2 biji telur, asingkan kuning dan putih3/4 cawan bawang gorengsecekak daun sup, dicincang2 ulas bawang putih2 sudu teh serbuk lada putihgaram secukup rasaCara-caranya1. Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudahmasak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.2. Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumisdengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masaksehingga daging bertukar warna dan airnya kering.3. Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telahditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daunsup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikutcitarasa sendiri.4. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedilsenang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidakpecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing.Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa.

ni resepi pegedil yg selalu saya buat.kentang direbus dan dilenyekisi ayam - rebus dahulu dan kemudian siat-siatkanserbuk lada sulahgaram secukup rasadaun sup & daun bawang.telur untuk menggorengcampurkan kesemua bahan kecuali telur dan kemudian bulatkan or leperkan.bila nak goreng celup dalam telur yg dipukul. goreng dalam minyak masakhingga kekuningan.

lompat tikam

setahu saya kat tempat saya lompat tikam takde pulut. Yang saya tahu lompat tikam ni biasanyer yang atas tu putih dan lapis bawahnyer hijau...Ni lak yang biasa mak saya buat.bahan-bahan nyertepung berassantan pekatgaram airdaun pandan ( di hancurkan dan tapis untuk mendapatkan kaler hijau dan aromanyer )bahan air gulagula kabungairtepung beras di bahagi dua.... campurkan satu bahagian tepung ngan air daun pandan dan sedikit garam..... masak atas api yang sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat..... pas tu tuangkan kedalam dulang ..... campurkan pula satu bahagian tepung beras yang satu lagi ngan santan dan sedikit garam... masak seperti yang di atas tadi sampai pekat.. kemudian tuangkan keatas adunan yang telah di masak tadi .... biar kan ia sampai sejuk... (bila dah sejuk masukan dalam peti ais lagi sedap)air gula....campurkan gula kabung ngan air kemudian jerangkan sampai gula kabung itu cair...bila dah sumer masak... potongkan adunan tepung beras tadi kemudian tuangkan air gula tadi di atasnyer.. cuba lah..

ayam bbq

AYAM BAKAR BBQ bahan: 1 ekor ayam [potong 8] 2 cm halia 3 batang serai 3 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah 1 s/k lada hitam 3 biji cili merah [semua bahan ini dimesin halus] 1 s/b kicap 1 s/b Delichef Salted Chicken Seasoning madu/gula kunyit serbuk minyak + serai yg diketukkan [buat renjis sikit] sayuran hiasan: salad..timun. .tomato Cara: 1. Gaulkan semua bahan dan perapkan pada ayam selama 3 atau 4 jam. 2. Bakarkan ayam dalam oven convection suhu 200'C selama 1 jam 3. Renjiskan sikit minyak dengan serai yg diketuk. 4. Pusing/terbalikkan ayam supaya masak sehingga kedalam isi. 5. Bila sudah masak...hidangkan dengan salad..tomato. .timun.. 6. Makan dengan pencicah sos mengikut kesukaan sendiri.

doh murtabak

Kat cni saya nak kongsi sikit pasal doh murtabak tu...nak buat inti saya
rasa takda problem sangat saya rasa...kadang2 tepung kita dia tak menjadi
mungkin marjerin banyak sangat....ada satu cara lagi marjerin jangan
dicampurkan dengan tepung.....lepas uli tepung ,masukkan telur ,air garam
pastikan adunan jangan keras sangat...garam jangan terlebih...buat
beberapa ketul....amik minyak campurkan ngan marjerin renjis kat
atas....untuk dapat doh yang elok biar semalaman jangan letak dalam peti
ais...

Bahan - Bahan> > Bahan Inti : - (inti ini sesuai juga untuk karipap atau popia )> Daging ayam / lembu (direbus dan dipotong halus)> I peket perencah nasi goreng Adabi> Sebiji bawang besar> 2 ulas bawang merah> 2 ulas bawang putih> Lada hitam(ditumbuk) - terpulang pada citarasa anda kalau nak pedas letak> banyak sikit> Daun bawang> Daun sup> Sebiji telur> Serbuk lada sulah (jika suka )> Cili merah> Minyak masak> > Bahan Doh> > Tepung gandum> Marjerin> Secubit garam> Sebiji telur> > Cara - cara membuat inti> > Panaskan minyak tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga berwarna> keemasan dan naik bau.Masukkan perencah nasi goreng Adabi , sedikit> rebusan air daging beserta daging ayam / daging . Goreng> sebentar..Masukkan lada hitam ,garam(selalunya saya tak letak garam sebab> perencah nasi tu dah secukup rasa ),daun bawang , daun sup , cili merah> ,pecahkan telur ke dalam bahan yang digoreng...akhir sekali masukkan> bawang besar.> > Cara - cara membuat doh> > Masukkan tepung,sedikit bancuhan air garam, marjerin dan sebiji> telur...Uli sehingga lembut....bentukkan bulatan doh kecil-kecil dan> bahagikan kepada dua atau tiga bahagian.... renjiskan dgn minyak> masak...tutup dengan tudung periuk...biarkan lima hingga enam jam...> > Cara - cara membuat murtabak ; -> > Setelah adunan menjadi lembut....canai dan tebarkan.... masukkan inti> murtabak ....Goreng dengan api perlahan sehingga kulit murtabak kelihatan> kberwarna keemasan ....> > p/s : Sukatan itu terpulang pada anda kerana saya tidak memakai sukatan> hanya mengagak....>

roti jala & ayam kuzi

ROTI JALA

1 kilo tepung
4 biji telur
1 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa
1 cawan susu Carnation
air secukupnya

Blend bahan-bahan di atas - sikit demi sedikit hingga habis kesemuanya
Bancuhan likat/pekat - cara nak tahu angkat senduk arus bertali ... tidak
putus-putus
Kalau terlalu pekat ... tambahkan air sedikit demi sedikit...
Biarkan 2 jam
Barulah di surai...

AYAM KUZI

Bahan-bahannya:

Seekor ayam dipotong 12 keping

2 cm halia
10 biji bawang merah
2 biji bawang besar Bahan A - dimesin lumat
3 ulas bawang putih

1 sudu besar cili boh
6 sudu besar Rempah Bukhari Faiza
½ cawan kismis hitam
1 ½ cawan bawang goreng
1 biji tomato dihiris halus
1 ½ cawan krim (heavy krim)
2 biji cili hijau dicincang halus

Segenggam daun pudina

150 gm mentega/margerin
Jus dari 1 ½ biji limau nipis
2 batang serai dititik
2 helai daun pandan diikat

Cara membuatnya:

Panaskan mentega dan masukkan bahan (A) sehingga kuning dan wangi bersama
serai dan daun pandan.

Masukkan rempah kari digorengkan sebentar, kemudian masukkan ayam dan
dikacau rata. Kecilkan api dan digoreng sebentar.

Masukkan tomato, kismis, bawang goreng dan dimasak sehingga ayamnya empuk.
Masukkan krim, daun pudina dan cili hijau, masak selama 5 minit lagi.
Masukkan garam secukup rasa.

Wednesday, September 20, 2006

rendang hati lembu

240gm hati lembu (rebus terlebih dulu)
kerisik kelapa 50gm
santan setengah biji
myk

bahan kisar
serai sebatang
1/2" kunyit hidup, lengkuas, halia
3 ulas bwg putih
3 ulas bwg besar

panaskan myk, tumis bahan kisar hingga naik bau.
masukkan kerisik dan santan. biar sebati. masukkan hati lembu. gaul hingga serasi. angkat dan hias dengan hirisan lada, daun pudina atau dan limau purut