resepi

sebahagian resepi sudah dicuba. sebahagian lagi menunggu masa yang sesuai.

Friday, November 10, 2006

DAGING KAMBING MASAK ARAB

DAGING KAMBING MASAK ARAB

Bahan-bahan
600 gm daging kambing
2 senduk minyak sapi
20 biji buah badam
50 sen kismis
300 gm bawang merah }
5 sm halia } digiling
2 ulas bawang putih - dimayam
2 kuntum bunga cengkih }
2 biji buah pelaga }
5 sm kulit kayu manis } digiling lumat
2 s/teh lada puteh }
1 bgks REMPAH BUKHARI FAIZA }
1 tin susu cair
2 s/bsr gula
2 s/bsr tomato sos
2 labu bawang besar - dibelah 4
garam secukup rasa

Cara membuatnya

1. Daging kambing dipotong 10, dibasuh dan toskan airnya. Setelah itu dilumurkan dengan garam dan halia, kemudian perapkan selama 10 minit dan digoreng.

2. Buah badam direndam dalam air hingga kembang. Buang kulitnya. Selepas itu setiap biji dibelah 4.

3. Panaskan minyak sapi dalam kuali dan gorengkan buah badam sehingga garing. Angkat dan asingkan. Selepas itu digorengkan pula daging yang telah diperap satu persatu hingga masak dan asingkan.

4. Tumis pula bawang putih yang telah dimayang didalam kuali yang sama hingga garing. Kemudian masukkan rempah-rempah yang telah digiling dan digorengkan lagi hingga semuanya garing. Setelah itu masukkan bawang merah, susu cair, gula, tomato sos, bawang besar dan garam.

5. Kecilkan api dan kacau-kacaukan. Bila mendidih dan likat, masukkan daging yang telah digoreng. Biarkan hingga keluar minyak. Kemudian bolehlah diangkat.

6. Hidangkan dalam satu pinggan. Untuk hiasan taburkan dengan kismis dan buah badam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home