resepi

sebahagian resepi sudah dicuba. sebahagian lagi menunggu masa yang sesuai.

Tuesday, May 23, 2006

Telur bungkus ala thai & nasi goreng pataya

Telur bungkus ala thai


2 biji telur

100gm isi ayam @ daging ( dicincang)

2 ulas bawang putih

1 ulas bawang besar ( dihiris nipis)

1 biji tomato ( dibelah 6 )

1 camb kacang peas

2 camb sas tomato

1 camb sos tiram

garam secukup rasa

daun ketumbar ( dipotong 1 inci )

Telur dipukul dan digoreng dadar. Ketepikan. Tumis bawang putih sehingga kekuningan kemudian masukkan isi ayam @ daging. Setelah masak masukkan sos tomato, sos tiram, garam, bawang besar masak sehingga bawang layu. Masukkan tomato dan kacang peas , masak sebentar kemudian angkat dan diletakkan ke atas telur dadar. Letakkan daun ketumbar dan bungkus telur berbentuk empat segi. Sedia dihidang.


Nasi Goreng Pataya


Bahan-bahannya:-

2 mangkuk nasi putih

100 gm daging (dipotong kecil dan direbus)

1 ulas bawang besar (ditumbuk)

2 ulas bawang putih (ditumbuk)

1 cm halia (ditumbuk)

1 sudu besar cili boh

Sedikit lobak merah (dipotong dadu)

2 sudu kacang peas

Sedikit kicap1 biji cili merah (dihiris)

2 biji telur (dipukul)

1 senduk minyak masak

garam dan serbuk perasa


Cara Membuatnya:-


Panaskan minyak di dalam kuali, selepas itu tumis bawang merah, bawang putih, garam, serbuk perasa dan halia. Biarkan sehingga naik baunya barulah dimasukkan cili boh dan dikacau selama 2 minit.
Selepas itu masukkan lobak merah, kacang peas, daging, kicap, cili merah dan akhir sekali masukkan nasi putih. Kacau hingga benar-benar sebati selama 3 minit barulah di angkat dan letakkan ke dalam mangkuk.
Bersihkan kuali dan panaskan minyak sekali lagi. Masukkan telur dan dadarkan (seperti kuih ketayap)
Biarkan permukaan telur itu garing sedikit, selepas itu masukkan nasi di tengah-tengah telur itu. Kemudian bungkus dengan telur itu.
Biarkan sebentar di atas dapur, barulah ianya diangkat dan masukkan ke dalam pinggan. Hiaskan dengan taburan bawang goreng, potongan mentimun dan letakkan sedikit tomato sos.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home