resepi

sebahagian resepi sudah dicuba. sebahagian lagi menunggu masa yang sesuai.

Tuesday, May 23, 2006

KERABU TAUGE & KERANG

KERABU TAUGE & KERANG

Bahan-bahanya:

- 1 kilo kerang
- 30 sen taugeh
- 6 biji cili padi
- 2 biji cili merah
- 1 inci belacan
- 5 ulas bawang merah (dihiris)
- 1/2 cawan santan pekat
- 1/2 cawan kerisik
- 1/2 cawan serbuk beras (beras digoreng tanpa minyak hingga kuning dan
ditumbuk halus)
- Jus limau nipis garam dan ajinomoto secukup rasa


Cara Menyediakannya:-

1. Rebus kerang hingga masak. Asingkan dari kulitnya. Ketepikan. Taugeh
dicelur sebentar. Ketepikan.

2. Tumbuk cili padi,cili merah,belacan dan sedikit garam untuk dijadikan
sambal belacan.

3. Di dalam mangkuk yang agak besar, masukkan sambal belacan, bawang
yang dihiris, kerisik, serbuk beras dan santan, kacau rata. Masukkan
kerang dan taugeh serta jus limau nipis. Gaul sebati dan rasa asam
garamnya.

Kerabu TaugeBahan-bahan200 g tauge dicelur20 ml perahan limau nipis50 g bunga kantan dihiris30 g daun ketumbar dihiris100 g bawang besar dihiris50 g cili merah dihiris50 g isi kerang yang direbus30 g udang kering disangrai50 g kerisikGaram secukup rasaCara membuatnya· Satukan semua bahan dan gaul sebati. Hidangkan segera.

------------------------------------

Kerabu Tauge

Bahan2

Tauge di celur
Isi kerang
Isi Udang yang dicelur
kerisik
bawang merah di tumbuk
beras di goreng dan tumbuk halus
sambal belacan
garam secukup rasa

Kelapa yang di tumbuksedikit air asam jawaGaulkan semua bahan2 tersebut. Sedia untuk di makan..


kerabu taugeh

Bahan-Bahan:
300 g taugeh (dicelur)
600 g kerang (direbus)
1 labu bawang besar
1 cawan kelapa parut (dibuat kerisik)
½ cawan kelapa parut (digiling)
2 sudu besar udang kering
5 biji cili kering
Sedikit asam dan garam
1.2 sm belacan

Cara:
Cili kering, belacan dan udang kering digiling. Gaul kelapa giling, kerisik, garam dan air asam. Campurkan kerang, taugeh dan bawang besar yang telah dihiris.

Kerabu Taugeh Ibuku

Bahan-Bahan:

Semangkuk Taugeh - dicuci dan dicelur
Secawan Isi Kerang Rebus
1 Biji Bawang Besar - dihiris bulat
½ Cawan Air Asam Jawa
½ Biji Kelapa Parut - diambil santan pekat
2 Sudu Besar Kerisik
2 Sudu Besar Kelapa Parut - ditumbuk
7-10 Biji Cili Kering - ditumbuk
Sedikit Belacan - ditumbuk
Sedikit Garam Sedikit Gula Serbuk Perasa (jika suka)

Cara:
Semua bahan yang telah disediakan itu hendaklah digaul sebati. Tak perlu dimasak. Sedap dimakan dengan nasi putih.

Cadangan Hidangan:

Boleh ditambah hirisan lada jika suka.

Tambahan:
Kerisik kelapa boleh diganti dengan beras tumbuk yang telah digoreng tanpa minyak terlebih dahulu. Begitu juga dengan kerang, boleh ditukar dengan udang, paru atau perut lembu rebus, terpulang kepada minat masing-masing. Hidangan ini tidak tahan lama (cepat basi), oleh itu elok dihabiskan sekali makan sahaja.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home