resepi

sebahagian resepi sudah dicuba. sebahagian lagi menunggu masa yang sesuai.

Sunday, November 12, 2006

sup ikan haruan

sup ikan haruan

ikan haruan
sup bunjut ikan adabi
tomato salari

rebus air bersama sup bunjut ikan adabi serta sayuran lain.
selepas rempah ratus di dlm sup mengeluarkan aroma serta air hampir mendidih, masukkan air haruan dan tunggu beberapa minit. apabila ikan masak, dihidangkan bersama nasi putih, ulam2an dan sambal belacan.

** sayur kangkung goreng belacan, telur dadar.
air epal hijau campur asam boi dan limau kasturi.

Friday, November 10, 2006

Ikan Bilis Kicap Chinese Style

Resepi hari ini ialah Ikan Bilis Kicap Chinese Style

Bahan-bahan

100 gm ikan bilis - Digoreng dulu 1 labu bawang besar - dihiris halus 5 tangkai cili padi (optional kalau suka pedas)-dihiris halus 2 tangkai lada merah hiduo - dihiris halus 2 sudu besar kicap masin/kicap manis sedikit minyak untuk memasak
Cara Menyediakannya:
Panaskan sedikit minyak. Tumiskan hirisan bawang & cili hingga hampir layu dan tuangkan kicap. Gaul sikit lebih kurang dan masukkan ikan bilis gaul sekejap dan matikan api. Jangan biarkan api besar atau masak terlalu lama setelah dah campur kicap takut kering..

TULANG LEMBU GULAI KAMPUNG

c


Bahan-bahan



600gm tulang lembu

1s/mkn cili boh

1bgks REMPAH KARI FAIZA

2kuntum bunga cengkih

2biji buah pelaga

1sm kulit kayu manis

1genggam bawang merah

2sm halia

2mgk santan kelapa

2kpg asam gelugur

garam secukup rasa







Cara membuatnya:



1. Tulang lembu dipotong kecil dan diberrsihkan. Masukkan kedalam periuk dan direbus dengan 2 gelas air dan garam. 2. Apabila tulang lembu telah empuk masukkan pula santan. Kacau- kacaukan hingga mendidih. 3. Setelah itu masukkan pula semua bahan-bahan yang lain. Kacau-kacaukan sehingga ia pecah minyak. Kemudian angkat.

DAGING KAMBING MASAK ARAB

DAGING KAMBING MASAK ARAB

Bahan-bahan
600 gm daging kambing
2 senduk minyak sapi
20 biji buah badam
50 sen kismis
300 gm bawang merah }
5 sm halia } digiling
2 ulas bawang putih - dimayam
2 kuntum bunga cengkih }
2 biji buah pelaga }
5 sm kulit kayu manis } digiling lumat
2 s/teh lada puteh }
1 bgks REMPAH BUKHARI FAIZA }
1 tin susu cair
2 s/bsr gula
2 s/bsr tomato sos
2 labu bawang besar - dibelah 4
garam secukup rasa

Cara membuatnya

1. Daging kambing dipotong 10, dibasuh dan toskan airnya. Setelah itu dilumurkan dengan garam dan halia, kemudian perapkan selama 10 minit dan digoreng.

2. Buah badam direndam dalam air hingga kembang. Buang kulitnya. Selepas itu setiap biji dibelah 4.

3. Panaskan minyak sapi dalam kuali dan gorengkan buah badam sehingga garing. Angkat dan asingkan. Selepas itu digorengkan pula daging yang telah diperap satu persatu hingga masak dan asingkan.

4. Tumis pula bawang putih yang telah dimayang didalam kuali yang sama hingga garing. Kemudian masukkan rempah-rempah yang telah digiling dan digorengkan lagi hingga semuanya garing. Setelah itu masukkan bawang merah, susu cair, gula, tomato sos, bawang besar dan garam.

5. Kecilkan api dan kacau-kacaukan. Bila mendidih dan likat, masukkan daging yang telah digoreng. Biarkan hingga keluar minyak. Kemudian bolehlah diangkat.

6. Hidangkan dalam satu pinggan. Untuk hiasan taburkan dengan kismis dan buah badam.