resepi

sebahagian resepi sudah dicuba. sebahagian lagi menunggu masa yang sesuai.

Friday, June 23, 2006

Special Spaggeti MinomaBAHAN BAHANNYA
1/2 kilo daging cincang
1 biji bawang besar di cincang halus(1/2 cawan)1 tin tomato Prego1 tin green beans1 botol tomato sauce 1 sudu besar serbuk chili 1 sudu teh garam1 paket spaghetti1 1/4 cawan hirisan keju1 cawan minyak jagong
1paket spaggeti direbus dalam periuk yang panas selama 20 minit.. Sementara menuggu spaggeti itu masak, tumiskan daging cincang dan bawang hiris itu sehingga masak.

KUAH SAUCE CHEEFF SPAGETTI MINOMA


Masukkan minyak jagong kedalam periuk yang panas bersama tomato, beans, tomato sauce, serbuk chili masak sehingga 10 minit. Kacaukan kuah itu sehigga menjadi pekat. Itupun terpulang pada citarasa masing masing.Toskan spaggetti yang telah masak tadi dan hidangkan kedalam pinggan. Siramkan kuah spaggeti tadi bersama hirisan keju itu keatas spaggeti.

Wednesday, June 21, 2006

lepat pisang

pisang
kelapa parut
santan
garam
gula
tepung beras

pisang dilecek + gula+garam+santan. campurkan tepung beras.
bungkus dgn daun pisang anggaran 2 camb setiap satu. (terpulang nak besar mana). kukus selama 20 minit.

kari ikan

ikan
2 biji tomato - belah 4
1/2 camt jintan campur
1 biji bwg besar
4 ulas bwg putih
4 camb serbuk kari ikan
3 keping asam gelugur
air
bendi, terung bulat
daun kari

tumis jintan campur.
masukkan bawang, daun kari dan tomato. tumis hingga bawang layu.
masukkan air. ketika hampir mengelegak masukkan ikan, garam dan asam keping.
bila ikan dah masak baru masukkan bendi.

Tuesday, June 20, 2006

nasi ayam istimewa seri utara

bahan2 untuk ayam

1 ekor ayam
sedikit kicap
myk bijan
sedikit garam

untuk nasi

beras dibasuh dan ditus
1/2 biji bwg besar
1" halia - kisar
1 biji bwg putih - kisar
majerin

untuk sos

5 biji lada merah
1 biji bwg putih
sedikit cuka (boleh diganti dgn limau nipis)
sedikit gula dan garam

untuk sup

2 biji bwg merah
1 biji bwg putih
1" HALIA
1 sup bunjut
1 stok ayam
daun saderi
bwg goreng

bersihkan ayam dan kemudian rebus hingga mendidih
keluarkan ayam dan toskan. bahagiakn air rebusan kepada 2 bhg. separuh utk nasi dan separuh tuk sup.
perap ayam dgn kicap, myk bijan dan sedikit garam. biarkan selama 1 jam.
tumiskan bwg besar dgn majerin. masukkan bhn kisar lain ie bwg putih dan halia. setelah naik bau, masukkan beras yg telah dibasuh dan ditus tadi. masukkan juga air rebusan ayam dan sukat air mengikut jumlah beras yg ingin dimasak (spt memasak nasi biasa)
bila nasi hampir masak, campurkan beberapa titik myk bijan dan digaul bersama nasi
panaskan myk dlm kuali dan goreng ayam yg telah diperap tadi hingga keemasan warnanya.

untuk sup; tumis bwg merah, bwg putih dan halia yg telah dikisar. masukkan air rebusan ayam, stok ayam dan juga sup bunjut. rebus hingga mendidih.

untuk sambal ; kisar lada merah, bwg putih dan halia. kemudian campurkan dgn cuka, gula dan garam.

tomyam

ayam/udang/sotong/ketam/apa2 saja

2 labu bwg besar
bwg putih
tomato biji
serai
cili api
daun limau purut
limau nipis
minyak
batang seleri
karot
kiub ayam

selabu bwg besar, bwg putih dan cili api ditumbuk kemudian tumis. masukkan tomato biji yang dibelah 2. tutup hingga tomato mengeluarkan air. masukkan air, ayam, kiub ayam. bila ayam dah lembut masukkan sayur2an, serai dan daun limau purut. perahkan limau nipis kalau mahu tambah kemasaman.

ayam goreng berempah

ayam dipotong2
serai
halia
lengkuas
bwg putih
bwg besar
rempah kari ayam
garam

blender semua bahan2 dan perap dengan ayam.

Sunday, June 18, 2006

chicken vegetable pasta stew

1 pkt macaroni (rebus)
500gm isi ayam
3 biji kentang besar (buang kulit dan potong 4 segi)
3 btg karot (potong 4 segi)
6 btg seleri (hiris)
1 tin cendawan butang (hiris)
1 tin sup ayam campbell
i labu bwg besar
1/4 cams oregano
3 cams minyak zaitun
5 cwn air
garam dan lada sulah

tumis myk, goreng karot, bawang hingga garing. masukkan ayam.
masukkan air dan kentang. didihkan 10 minit.
masukkan cendawan, celeri, oregano, sup ayam, garam dan gula.
tuangkan atas makaroni tadi.