resepi

sebahagian resepi sudah dicuba. sebahagian lagi menunggu masa yang sesuai.

Tuesday, May 23, 2006

tomyam thonnaburi

Tomyam Thonnaburi

1 ulas bawang putih dicincang
1 biji tomato yang ranum didadu
1 labu bawang besar dibelah-belah
5-11 biji cili api dipecahkan
1 sudu sos tiram
3 potong ayam
1 batang serai
3 helai daun limau purut
jus limau dari 1 biji
limau nipis atau 5 biji limau kasturi
garam
air ikut suka banyaknya,at least 2 cawan
minyak untuk menumis

tumiskan bawang putih.
bila dah bangkit tumis pula tomato.
rasa dah ok, masukkan air serta garam, sos tiram, cili, serai diikuti dengan ayam dan bawang besar.
buila dah menggelegak masukkan jus limau dan daun limau purut.
biar sekejap kendian daaaaaaah masak.

SOS CILI NASI AYAM ALA CINA

Bahagian A
8 cili merah saiz besar
Halia sebesar tapak tangan
6 - 8 ulas bawang putih
3/4 hingga satu cawan air
Cara Memasak
Hasil Bahagian A : Kisar kesemua barang di atas (Bahagian A). Setelah selesai, tuangkan ke dalam mangkuk besar. Masukkan ke dalam peti sejuk.
Bahagian B
Cukupkan rasa yang anda kehendaki.Campurkan gula (2 - 3 sudu besar gula) dan garam secukup rasa ke dalam "Hasil Bahagian A" tadi.Kalau ikutkan Pak Amir tidak campuran rasa ke dalam kesemua "Hasil Bahagian A". Pak Amir suka simpan "Hasil Bahagian A" di dalam peti sejuk. Bila nak makan, keluarkan sedikit baru campurkan rasa (masukkan gula dan garam). Namun kedua-dua cara boleh kita buat.
Bahagian C
Keluarkan "Hasil Bahagian B" tadi mengikut banyak mana nak makan, jangan membazir. Perahkan 1 - 2 biji jus limau kasturi (bukan limau lipis) dan hidang.Makan bersama nasi ayam, bukan sahaja cicah ayam panggang, malahan sebagai kuah untuk makan bersama nasi kuning pun sedop!
TIPS :
Pak Amir tidak gunakan/malahan ramai orang cina dah tak guna bahan cuka sekarang. Sebab ianya menghauskan tekat kita! Tanpa cuka, hasil tetap sama mengancam.

Nasi Ayam Nusantara
2 pot beras (cuci & toskan air)1 ekor ayamA-Untuk goreng ambil bhg yg berisi dan belah besar2B-Untuk sup ambil bahagian tulang2 dan kerat kecik2
Bahan Untuk Ayam Goreng:
4 ulas bawang putih1 inci halia1 sudu kecil lada hitam (kalau suka)3 sudu besar kicap (cair@pekat utk hitamkan ayam)sedikit garam
Cara:-
Tumbuk semua bahan dan perap pada ayam (A). Lagi lama lagi sedap. Goreng seperti biasa.
Bahan Untuk Sup & Nasi:
15 ulas bawang merah (dimayang)5 ulas bawang putih (dimayamg)1 cm halia (dititik)1 bungkus sup bunjut adabi2(1/2) ml airgula sikit je sebagai perisa(hujung sudu)
Cara :
· Tumis dengan minyak yg lebih sikit bawang merah dan bawang putih hingga garing
· Masukkan ayam(B), tumis seketika dan masukkan air.
· Masukkan garam secukup rasa, gula dan tunggu hingga mendidih.
· Tunggu lama sedikit. So ambil air rebusan ini untuk masak nasi (lebihkan ambil bahagian atas rebusan so nasi nanti nampak berminyak).
· Baki air rebusan tu masukkan sup bunjut adabi.
· Kalau nak banyak kuah sup, tambah la air sikit lagi. Pas tu garam secukupnya. (rasala)
Ok,siap kuah sup dan nasi. Ha...nasi tu jangan lupa pulak nak "on" kan. Tak masak nanti.
Sambal @ sos :
1 ulas bawang putih3/4 batang lada kering(nak pedas tambah lagi)3 sudu besar sos tomato2 sudu besar sos ciligaram & gula
Cara :
· Bland bawang putih dah lada kering.
· Tumis tanpa minyak seketika dan
· masukkan kedua2 sos.
· Masuk air sikit so tak la pekat sangat.
· Masuk garam dan lebihkan gula (bagi sambal manis sikit baru kick). Kacau2 dan siap....
Untuk tambahan.
SaladTomatoMentimunbawang goreng(tabur kat sup & nasi)
OPTION 1:
From: SALWANI ALI [Salwani@uniten.edu.my]ni nampak macam tak ada sambal kicapnya. meh saya tambah sikit
1 ulas bawang putih ditumbuk1 sudu sos tiram3 sudu kicap1/2 cawan airsedikit tepung jagung (mengikut kepekatan yang disukai)
· campurkan semua bahan kecuali tepung jagung dan tenggekkan di atas api hingga mendidih dan kacau pelan-pelan.
· Campurkan tepung jangung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam sos kicap kita, kacau pelan-pelan supaya tak berketul.
· Bila dah mendidih lagi, padamkan api dapur.
OPTION 2 :
From: "Saidatul Rodiah bt Abd Rahman @TNBMSC" [SaidatulAR@csd.tnb.com.my] kalau nak cuba cara yang selalu saya buat, rebus ayam separuh masak, kemudian tos kan ayam tersebut serta perap dengan bahan-bahan diatas. Air lebihan rebusan (stok ayam) boleh juga di jadikan sop.
OPTION 3 :
From: SALWANI ALI [Salwani@uniten.edu.my]Itulah saya heran sebab ayam tu terus digoreng. Yang saya selalu buat rebus semua ayam, then bila dah gelegak barulah ambik ayam yang nak digoreng tu saja. Ayam, tu dilumur sekejap ngan rempah yang dinyatakan kemudian terus digoreng tak terlalu lama. Sebab ayam tu dah masak dah masa kita buat sup tadi. Memang nampak basah-basah macam kat kedai. Lembut pun lembut, tak kenyal macam ayam goreng.
OPTION 4:
From: [FaizulHaslizi_Ramli@notes.seagate.com] Ni stail orang bujang buat Nasi Ayam.
· Ayam yang telah dipotong direbus hingga hampir-hampir masak semasa nak dapatkan air rebusannya.
· Ayam tu kemudian disapu dengan putih telur, kemudian disapu pulak dengan sos tiram.
· Selepas tu letakkan dalam tray dan masukkan dalam oven sehingga ayam tu nampak keperangan diluarnya.
· Masak dalam oven tu cuma nak bagi ayam tu nampak seperti dipanggang dan irresistible untuk yang nak memakannya. Tu aje.

KERABU DAUN SELOM

Kerabu Daun Selom

bahan-bahan

5 biji cekur
1 biji bawang putih
1 biji bawang merah
sedikit udang kering /ikan bilis
5 biji cili api
1 mangkuk kecil kelapa parut

Cara-cara

tumbuk cekur, bawang putih dan merah, udang kering/ikan bilis, cili api. setelah agak-agak lumat gaulkan dengan kelapa parut.. lepas tu campuranbahan-bahan ini dipanaskan dalam kuali... masa panaskan nie tak pakai minyak.. letak garam dan gula (jika suka).. dan rasakan masin dan manisnya... agak-agak dah ringan sikit. tutup api dan boleh dicampurkan dengan daun selom yg telah diracik. boleh campur sekali dgn bawang besar dan ulaman yg lain juga. makan dengan nasi panas dan juga ikan/ayam goreng..memang sedap...

KERABU PERUT JANTUNG & KERABU MANGGA SOTONG

Kerabu Perut Jantung Pisang

Bahan-bahan:

300 g perut lembu
1 biji jantung pisang dibelah dua
40 g udang kering
4 biji cili merah
5-6 biji cili padi
200 ml pati santan
Perahan 2 biji limau nipis
4 biji bawang merah dihiris
1 kuntum bunga kantan
1 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya· Rebus perut hingga empuk dan hiris kecil. Ketepikan.· Celur jantung pisang, sejat dan hiris halus.· Rendam udang kering 10 minit, kemudian kisar bersama cili merah dan cili padi.· Satukan semua bahan, gaul rata dan hidangkan.

KERABU MANGGA SOTONG

Bahan-bahan
1 cawan sotong mesin
½ cawan mangga masam - dihiris
2 biji bawang merah - dihiris
1 sudu besar daun bawang - dihiris halus
1½ sudu kecil udang kering
¼ cawan gajus
5 biji cili padi - dihiris halus
1 sudu besar jus limau
2 sudu besar gula
1 biji cili merah - untuk hiasan. Sedikit daun ketumbar - untuk hiasan Cara-cara· Campurkan semua bahan-bahan kecuali bahan untuk hiasan ke dalam mangkuk dan gaul rata. Tambahkan gula atau garam mengikut rasa. Hiaskan dengan cili potong dan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan.

KERABU TAUGE & KERANG

KERABU TAUGE & KERANG

Bahan-bahanya:

- 1 kilo kerang
- 30 sen taugeh
- 6 biji cili padi
- 2 biji cili merah
- 1 inci belacan
- 5 ulas bawang merah (dihiris)
- 1/2 cawan santan pekat
- 1/2 cawan kerisik
- 1/2 cawan serbuk beras (beras digoreng tanpa minyak hingga kuning dan
ditumbuk halus)
- Jus limau nipis garam dan ajinomoto secukup rasa


Cara Menyediakannya:-

1. Rebus kerang hingga masak. Asingkan dari kulitnya. Ketepikan. Taugeh
dicelur sebentar. Ketepikan.

2. Tumbuk cili padi,cili merah,belacan dan sedikit garam untuk dijadikan
sambal belacan.

3. Di dalam mangkuk yang agak besar, masukkan sambal belacan, bawang
yang dihiris, kerisik, serbuk beras dan santan, kacau rata. Masukkan
kerang dan taugeh serta jus limau nipis. Gaul sebati dan rasa asam
garamnya.

Kerabu TaugeBahan-bahan200 g tauge dicelur20 ml perahan limau nipis50 g bunga kantan dihiris30 g daun ketumbar dihiris100 g bawang besar dihiris50 g cili merah dihiris50 g isi kerang yang direbus30 g udang kering disangrai50 g kerisikGaram secukup rasaCara membuatnya· Satukan semua bahan dan gaul sebati. Hidangkan segera.

------------------------------------

Kerabu Tauge

Bahan2

Tauge di celur
Isi kerang
Isi Udang yang dicelur
kerisik
bawang merah di tumbuk
beras di goreng dan tumbuk halus
sambal belacan
garam secukup rasa

Kelapa yang di tumbuksedikit air asam jawaGaulkan semua bahan2 tersebut. Sedia untuk di makan..


kerabu taugeh

Bahan-Bahan:
300 g taugeh (dicelur)
600 g kerang (direbus)
1 labu bawang besar
1 cawan kelapa parut (dibuat kerisik)
½ cawan kelapa parut (digiling)
2 sudu besar udang kering
5 biji cili kering
Sedikit asam dan garam
1.2 sm belacan

Cara:
Cili kering, belacan dan udang kering digiling. Gaul kelapa giling, kerisik, garam dan air asam. Campurkan kerang, taugeh dan bawang besar yang telah dihiris.

Kerabu Taugeh Ibuku

Bahan-Bahan:

Semangkuk Taugeh - dicuci dan dicelur
Secawan Isi Kerang Rebus
1 Biji Bawang Besar - dihiris bulat
½ Cawan Air Asam Jawa
½ Biji Kelapa Parut - diambil santan pekat
2 Sudu Besar Kerisik
2 Sudu Besar Kelapa Parut - ditumbuk
7-10 Biji Cili Kering - ditumbuk
Sedikit Belacan - ditumbuk
Sedikit Garam Sedikit Gula Serbuk Perasa (jika suka)

Cara:
Semua bahan yang telah disediakan itu hendaklah digaul sebati. Tak perlu dimasak. Sedap dimakan dengan nasi putih.

Cadangan Hidangan:

Boleh ditambah hirisan lada jika suka.

Tambahan:
Kerisik kelapa boleh diganti dengan beras tumbuk yang telah digoreng tanpa minyak terlebih dahulu. Begitu juga dengan kerang, boleh ditukar dengan udang, paru atau perut lembu rebus, terpulang kepada minat masing-masing. Hidangan ini tidak tahan lama (cepat basi), oleh itu elok dihabiskan sekali makan sahaja.

Telur bungkus ala thai & nasi goreng pataya

Telur bungkus ala thai


2 biji telur

100gm isi ayam @ daging ( dicincang)

2 ulas bawang putih

1 ulas bawang besar ( dihiris nipis)

1 biji tomato ( dibelah 6 )

1 camb kacang peas

2 camb sas tomato

1 camb sos tiram

garam secukup rasa

daun ketumbar ( dipotong 1 inci )

Telur dipukul dan digoreng dadar. Ketepikan. Tumis bawang putih sehingga kekuningan kemudian masukkan isi ayam @ daging. Setelah masak masukkan sos tomato, sos tiram, garam, bawang besar masak sehingga bawang layu. Masukkan tomato dan kacang peas , masak sebentar kemudian angkat dan diletakkan ke atas telur dadar. Letakkan daun ketumbar dan bungkus telur berbentuk empat segi. Sedia dihidang.


Nasi Goreng Pataya


Bahan-bahannya:-

2 mangkuk nasi putih

100 gm daging (dipotong kecil dan direbus)

1 ulas bawang besar (ditumbuk)

2 ulas bawang putih (ditumbuk)

1 cm halia (ditumbuk)

1 sudu besar cili boh

Sedikit lobak merah (dipotong dadu)

2 sudu kacang peas

Sedikit kicap1 biji cili merah (dihiris)

2 biji telur (dipukul)

1 senduk minyak masak

garam dan serbuk perasa


Cara Membuatnya:-


Panaskan minyak di dalam kuali, selepas itu tumis bawang merah, bawang putih, garam, serbuk perasa dan halia. Biarkan sehingga naik baunya barulah dimasukkan cili boh dan dikacau selama 2 minit.
Selepas itu masukkan lobak merah, kacang peas, daging, kicap, cili merah dan akhir sekali masukkan nasi putih. Kacau hingga benar-benar sebati selama 3 minit barulah di angkat dan letakkan ke dalam mangkuk.
Bersihkan kuali dan panaskan minyak sekali lagi. Masukkan telur dan dadarkan (seperti kuih ketayap)
Biarkan permukaan telur itu garing sedikit, selepas itu masukkan nasi di tengah-tengah telur itu. Kemudian bungkus dengan telur itu.
Biarkan sebentar di atas dapur, barulah ianya diangkat dan masukkan ke dalam pinggan. Hiaskan dengan taburan bawang goreng, potongan mentimun dan letakkan sedikit tomato sos.

Tauhu Jepun sambal pedas

Tauhu Jepun sambal pedas
Bahan2 selinder Tauhu Jepun
Segenggam udang basah (buang kulit)
2 sudu besar taucu
1 sudu besar cili kering kisar
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1/2 cawan air
Cara:
potong-potong tauhu jepun setebal 1/2 inci dan goreng (deep fry) & toskan & susun dalam pinggan menghidang tumis bawang putih, masukkan cili kering dan tumis lagi sampai garing, masukkan udang & taucu goreng lagi. tambah air. biar mendidih. tuangkan kuah itu keatas tauhu jepun & hias dengan udang goreng & hirisan kobis putih. sedap dimakan ketika panas bersama nasi.

rendang kerang

Rendang Kerang

Bahan-Bahan:

3 kilo kerang hidup

1 batang serai

½ Inci lengkuas

½ Inci halia

2 labu bawang merah

5 ulas bawang putih

10 tangkai cili kering

10 biji cili padi

2 helai daun limau purut

2 helai daun kunyit - dihiris halus

Satu mangkuk santan pekat

Sedikit kerisik Cara: R

ebus kerang terlebih dahulu. Blender terlebih dahulu bawang merah/putih/halia/lengkuas/serai/cili padi dan cili kering. Panaskan minyak tumislah bahan kisar itu tadi bersama daun limau purut. Setelah nampak kering sedikit masukkan kerang yang telah dikupas. Masukkan santan dan sedikit air. Agak-agak nampak kering masukkan kerisik/bahan perasa dan garam. Masaklah hingga kering.

ikan siakap 3 rasa

Ikan Siakap 3 Rasa

Bahan-Bahannya:

500 gm ikan Siakap - dicuci dgn garam dan asam

4 sudu besar tepung gandum

2 sudu besar tepung jagung

½ sudu kecil serbuk lada sulah

300 ml minyak sawit untuk menggoreng

ahan Bahan

Sos 2 sudu besar halia - dicincang

1 sudu besar bawang putih - dicincang

3 sudu besar sos tomato

2 sudu besar sos tiram

3 sudu besar sos cili

½ sudu kecil minyak bijan

200 ml air

1 sudu besar bancuhan tepung jagung 3 sudu besar minyak sawit untuk menumis Bahan - Bahan Hiasan 3 tangkai daun ketumbar 2 tangkai cili merah - dibuang biji dan dicincang kasar Cara Memasak:

1.. Panaskan minyak masak.

2.. Campurkan kedua-dua jenis tepung, sadurkan serbuk lada sulah bersama ikan.

3.. Sadurkan ikan bersama tepung dan goreng sehingga masak dan toskan minyaknya.

4.. Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis halis dan bawang putih, layukan sahaja.

5.. Masukkan air, kecilkan api, renehkan buat seketika. Campurkan tiga jenis sos dan masukkan ke dalam kuali kemudian kacau rata.

6.. Masukkan minyak bijan dan bancuhan tepung jagung dan kacau cepat.

7.. Hidangkan ikan dengan sos dan taburkan hirisan daun ketumbar dan cili merah

ikan masak taucu

IKAN MASAK TAUCU

Bahan-bahan :4 keping Ikan Tenggiri [boleh gunakan ikan merah, bawal putih,kembung]

1/2 cawan taucu

1 batang timun [potong kecil]

1/2 batang carrot [potong kecil]

1 s/k gula

1 s/k kunyit

air secukupnya

minyak

bahan mayang:/hiris 3 ulas bwg merah

2 ulas bwg putih

3 biji cili besar merah

3 biji cili hijau

3 labu bwg besar

Cara:1. Bersihkan ikan dan gaul dgn garam n kunyit dan goreng hingga garing dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan putih sehingga wangi.

3. Masukkan taucu air, gula, cili dan biarkan mendideh.

4. Masukkan timun dan carrot.

5. Biarkan pekat sikit dan boleh tuangkan atas ikan tadi.

6. Hidangkan bersama nasi putih.

ikan bawal terutup

IKAN BAWAL TERUTUP

Bahan-bahannya
4 ekor ikan bawal, dibersihkan dan dibelah bahagian belakang tidak putus
1 1/2 sudu makan rempah kari ikan
2 sudu makan gula
garam dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Untuk dikisar
8 batang lada merah
5 biji lada padi
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 batang serai
1 cm kunyit
1 cm halia
1 cm lengkuas

Cara-caranya
Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis rempah yang dikisar sehingga wangi. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Gaul rata dan masukkan rempah kari ikan. Gaul hingga sebati ketepikan.

Kemudian sumbat ikan yang telah dibelah belakangnya dengan rempah tadi. Ikan tersebut kemudian digoreng dalam minyak. Kalau untuk lebih berkhasiat. Sapukan ikan dengan sedikit butter kemudian bakar dalam oven sehingga masak. Mummy saya suka goreng saya suka bakar. Rempah ditumis dulu supaya tidak rasa maung, sebab ikan selalunya cepat masak bila digoreng atau dibakar. Selamat Mencuba.

ikan ampap istimewa


IKAN AMPAP ISTIMEWA
1 kilo ikan sadin (ikan lainpun boleh)

2 batang serai (dititik)

3 inci halia

kunyit secukupnya (seeloknya lebihkan kunyit - rasa dan warnanya akan lebihenak dan cantik)

4 ulas bawang putih

2 ulas bawang merah

4 biji lada merah

10 biji cili api

1 cawan pati asam jawa

6 biji belimbing buluh (belah dua)

daun kunyit muda secukupnya (dihiris halus)

sedikit belacan

garam secukupnya

serbuk perasa secukupnya

sedikit gula

sedikit minyak (utk. mengawet dan mencantikkan masakan).

Caranya: Semua bumbu tadi ditumbuk dan digaul rata bersama ikan (yang sudahdibersihkan - tak perlu dipotong, sebab jenis ikan ini adalah kecil). Akhir sekali masukkan air asam jawa dan tambah air biar separas dengan ikan, lepas itu barulah tuangkan minyak dan masak dengan api yang perlahan. Biarkan hingga airnya agak kering sedikit. Setelah itu taburkan hirisan daun kunyit dan tutup sekejap.

gulai siam ikan..

GULAI IKAN [SIAM]

Bahan-Bahan:
500 gm ikan tengiri/merah/bawal atau kembung
3 cawan santan [1 biji kelapa]
Sedikit terung pipit
sedikit buah belimbing buloh
5 helai daun limau purut
3 tangkai cili hijau (belah 2)
Garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan Mesin
10 tangkai cili kering
10 biji cili api
1 s/k lada hitam
5 batang serai dihiris
2 cm lengkuas
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm belacan
2 cm kunyit hidup

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan santan dan biarkan mendideh.
4. Masukkan ikan, terung dan daun limau purut. Biarkan mendideh.
5. Masukkan buah belimbing buloh dan cili hijau. Perlahan api dan biarkan mendideh dan naik minyak.
6. Bila kuah telah pekat tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.
ucuk: yg bes letak terung pipit ngna lengkuas, serai

---------------------------------------------------

GULAI SIAM

Bahan-bahannya
500 gm daging dihiris nipis
2 batang terung dipotong lebar-lebar dan digoreng sedikit sampai lembut
2 camca kecil belacan
15 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
2 cm halia
3 ulas bawang putih dimesin/ giling sampai lumat
2 cm lengkuas
3 batang serai
8 biji lada hitam
2 camca kecil serbuk jintan manis
1 camca besar serbuk ketumbar
2 helai daun limau purut
segenggam daun selasih
sedikit gula nira
2 camca besar sos ikan
gula secukup rasa
santan dari sebiji kelapa (4 cawan)
minyak untuk menumis
1/4 cawan kerisik (1/2 biji kelapa goreng di tumbuk lumat)

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan tumis rempah-rempah giling pada api yang sederhana sampai bangkit baunya.
2. Masukkan santan dan masak sampai ianya pekat. Masukkan daging yang dihiris nipis dan masak selama 5 minit lagi sebelum dimasukkan kerisik.
3. Tambahkan sos ikan, gula nira, limau purut dan daun selasih.
4. Masak sehingga daging empuk. Angkat dan hidangkan.

kari kepala ikan (tanpa santan)

Bahan-bahannya

Kepala ikan jenahak/ikan merah/tenggiri/salmon

6 ulas bawang merah dimayang

4 ulas bawang putih dimayang

sesudu halba campur (boleh dibeli dari kedai mamak/Giant)

daun kari

4 keping asam keping

4 sudu serbuk kari ikan Babas-dicampur dgn air sedikit dan kacau (jgn cair sangat) untuk menumis

kacang bendi-6 biji

terung bulat-2 biji

tomato merah-2 biji sedang

cara-caranya:

Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. masukkan halba campur tuangkan larutan serbuk kari dan tunggu sehingga pecah minyak. masukkan asam keping dan daun kari. tuang air untuk kuah-ikut cita rasa sendiri. seteleh menggelegak, masukkan kepala ikan sebelum angkat masukkan in this order: terung kacang bendi tomato angkat dan makan dengan nasi panas...