resepi

sebahagian resepi sudah dicuba. sebahagian lagi menunggu masa yang sesuai.

Tuesday, May 23, 2006

SOS CILI NASI AYAM ALA CINA

Bahagian A
8 cili merah saiz besar
Halia sebesar tapak tangan
6 - 8 ulas bawang putih
3/4 hingga satu cawan air
Cara Memasak
Hasil Bahagian A : Kisar kesemua barang di atas (Bahagian A). Setelah selesai, tuangkan ke dalam mangkuk besar. Masukkan ke dalam peti sejuk.
Bahagian B
Cukupkan rasa yang anda kehendaki.Campurkan gula (2 - 3 sudu besar gula) dan garam secukup rasa ke dalam "Hasil Bahagian A" tadi.Kalau ikutkan Pak Amir tidak campuran rasa ke dalam kesemua "Hasil Bahagian A". Pak Amir suka simpan "Hasil Bahagian A" di dalam peti sejuk. Bila nak makan, keluarkan sedikit baru campurkan rasa (masukkan gula dan garam). Namun kedua-dua cara boleh kita buat.
Bahagian C
Keluarkan "Hasil Bahagian B" tadi mengikut banyak mana nak makan, jangan membazir. Perahkan 1 - 2 biji jus limau kasturi (bukan limau lipis) dan hidang.Makan bersama nasi ayam, bukan sahaja cicah ayam panggang, malahan sebagai kuah untuk makan bersama nasi kuning pun sedop!
TIPS :
Pak Amir tidak gunakan/malahan ramai orang cina dah tak guna bahan cuka sekarang. Sebab ianya menghauskan tekat kita! Tanpa cuka, hasil tetap sama mengancam.

Nasi Ayam Nusantara
2 pot beras (cuci & toskan air)1 ekor ayamA-Untuk goreng ambil bhg yg berisi dan belah besar2B-Untuk sup ambil bahagian tulang2 dan kerat kecik2
Bahan Untuk Ayam Goreng:
4 ulas bawang putih1 inci halia1 sudu kecil lada hitam (kalau suka)3 sudu besar kicap (cair@pekat utk hitamkan ayam)sedikit garam
Cara:-
Tumbuk semua bahan dan perap pada ayam (A). Lagi lama lagi sedap. Goreng seperti biasa.
Bahan Untuk Sup & Nasi:
15 ulas bawang merah (dimayang)5 ulas bawang putih (dimayamg)1 cm halia (dititik)1 bungkus sup bunjut adabi2(1/2) ml airgula sikit je sebagai perisa(hujung sudu)
Cara :
· Tumis dengan minyak yg lebih sikit bawang merah dan bawang putih hingga garing
· Masukkan ayam(B), tumis seketika dan masukkan air.
· Masukkan garam secukup rasa, gula dan tunggu hingga mendidih.
· Tunggu lama sedikit. So ambil air rebusan ini untuk masak nasi (lebihkan ambil bahagian atas rebusan so nasi nanti nampak berminyak).
· Baki air rebusan tu masukkan sup bunjut adabi.
· Kalau nak banyak kuah sup, tambah la air sikit lagi. Pas tu garam secukupnya. (rasala)
Ok,siap kuah sup dan nasi. Ha...nasi tu jangan lupa pulak nak "on" kan. Tak masak nanti.
Sambal @ sos :
1 ulas bawang putih3/4 batang lada kering(nak pedas tambah lagi)3 sudu besar sos tomato2 sudu besar sos ciligaram & gula
Cara :
· Bland bawang putih dah lada kering.
· Tumis tanpa minyak seketika dan
· masukkan kedua2 sos.
· Masuk air sikit so tak la pekat sangat.
· Masuk garam dan lebihkan gula (bagi sambal manis sikit baru kick). Kacau2 dan siap....
Untuk tambahan.
SaladTomatoMentimunbawang goreng(tabur kat sup & nasi)
OPTION 1:
From: SALWANI ALI [Salwani@uniten.edu.my]ni nampak macam tak ada sambal kicapnya. meh saya tambah sikit
1 ulas bawang putih ditumbuk1 sudu sos tiram3 sudu kicap1/2 cawan airsedikit tepung jagung (mengikut kepekatan yang disukai)
· campurkan semua bahan kecuali tepung jagung dan tenggekkan di atas api hingga mendidih dan kacau pelan-pelan.
· Campurkan tepung jangung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam sos kicap kita, kacau pelan-pelan supaya tak berketul.
· Bila dah mendidih lagi, padamkan api dapur.
OPTION 2 :
From: "Saidatul Rodiah bt Abd Rahman @TNBMSC" [SaidatulAR@csd.tnb.com.my] kalau nak cuba cara yang selalu saya buat, rebus ayam separuh masak, kemudian tos kan ayam tersebut serta perap dengan bahan-bahan diatas. Air lebihan rebusan (stok ayam) boleh juga di jadikan sop.
OPTION 3 :
From: SALWANI ALI [Salwani@uniten.edu.my]Itulah saya heran sebab ayam tu terus digoreng. Yang saya selalu buat rebus semua ayam, then bila dah gelegak barulah ambik ayam yang nak digoreng tu saja. Ayam, tu dilumur sekejap ngan rempah yang dinyatakan kemudian terus digoreng tak terlalu lama. Sebab ayam tu dah masak dah masa kita buat sup tadi. Memang nampak basah-basah macam kat kedai. Lembut pun lembut, tak kenyal macam ayam goreng.
OPTION 4:
From: [FaizulHaslizi_Ramli@notes.seagate.com] Ni stail orang bujang buat Nasi Ayam.
· Ayam yang telah dipotong direbus hingga hampir-hampir masak semasa nak dapatkan air rebusannya.
· Ayam tu kemudian disapu dengan putih telur, kemudian disapu pulak dengan sos tiram.
· Selepas tu letakkan dalam tray dan masukkan dalam oven sehingga ayam tu nampak keperangan diluarnya.
· Masak dalam oven tu cuma nak bagi ayam tu nampak seperti dipanggang dan irresistible untuk yang nak memakannya. Tu aje.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home